Sunday, December 14, 2008

Rahsia berjaya: Padamkan Wabak takut dalam diri.

Takut dan bimbang menarik kita kepada perkara yang sangat sangat kita geruni. Takut adalah satu penyakit yang amat merbahaya. Takut boleh menyebabkan seseorang itu jatuh sakit, pendek umor dan melumpuhkan kelancaran.

Ragu ragu dan takut bermakna gagal; yakin membawa erti boleh berjaya, takut bermakna ragu.

Takut dalam berbagai luahan saperti bimbang, gemuruh, marah, cemburu, pemalu, adalah musuh utama kepada umat manusia. Ia telah merampas kegembiraan dan kelancaran, membuat manusia jadi penakut, ramai orang gagal, atau memaksa mereka kepada keadaan apa adanya, selain apa saja yang lain.

Anggapan sesuatu pepereksaan atau ujian itu amat susah menyebabkan ramai yang langsung tidak berani menduduki pepereksaan berkenaan. Secara langsung menapikan hak mereka mencuba menguji kebolehan diri sendiri. Mereka mengalah sebelum berjuang. Ini disebabkan penyakit takut yang amat mendalam. Ramai yang percaya bawa ilmu sain dan hisab itu susah maka ramailah yang mengenepikan dan menolak langsung mata pelajaran tersebut. Ini menyebabkan ramai yang hidup tanpa ilmu sains dan hisab yang amat berguna dalam kehidupan manusia seharian. Ada pula yang takut mengambil ujian “CUTE” kerana adanya ilmu kira-kira. Perasaan takut itu membuat ramai yang merasa takut tanpa sebarang sebab yang menusabah. Secara langsung perasan takut itu telah menutup peluang seorang itu untuk menimba ilmu, maju dan terus berjaya. Begitu juga dalam berniaga atau berdagang. Ramai yang gagal sebelum mencuba bukan gagal dalam berusaha. Takut membuatkan ramai mengenepikan cita cita dan usaha yang boleh mengubah nasib dan masa depan diri mereka, keluarga, bangsa dan Negara. Maka hiduplah mereka ibarat ayam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Penyakit takut ini menyebabkan ramai yang rela menjadi pemerhati dalam mencari ilmu, pembangunan, kekayaan serta kekuasaan dan pengaruh. Bangsa yang dihinggapi penyakit takut ini telah menyebabkan maruah diri, keluarga dan bangsa tergadai serta negaranya dijajah. Penyakit takut ini membuat ramai yang takut menyuarakan kebenaran dan hak. Penyakit takut yang amat membahaya adalah takut mengatakan tidak. Takut mengatakan tidak kepada orang lain walaupun hak sendiri dipersenda dan diambil. Ketelaluan takutnya menyebabkan terus mengizin atau memberi walau menyulitkan dan menyakitkan. Takut untuk bersuara mengatakan tidak, cukup setakat itu saja. Takut untuk mengatakan ini hak saya. Takut mengatakan kamu telah mengambil hak saya. Takut mengatakan kamu salah dan tidak boleh berbuat begitu. Takut. bertentang mata demi hak dan kebenaran.

Ramai yang takut untuk membuat panggilan kerana takut ditolak permohonan temu janjinya. Ramai yang takut membuat persembahan kerana takut gagal. Ramai yang takut nak jadi jurujual kerana malu nak jumpa orang. Ramai yang takut untuk menjual kerana takut tak boleh bercakap. Ramai yang takut berucap dihalayak ramai kerana gugup. Ramai yang takut pada kegelapan. Takut pada sesuatu yang baru. Takut kepada sesuatu yang belum pernah ditempuhi. Takut kehadapan. Takut pada hantu. Takut pada perkara perkara yang tak nampak dan tak ujud. Perasaan takut ini adalah wabak penyakit yang amat merbahaya. Takut adalah penghalang kepada semua kejayaan. Takut adalah penghalang kepada kegembiraan dan kesejahteraan diri dan keluarga. Takut mengahalng seseorang untuk maju dan berjaya. Takut menghalang kita menegakan hak dan kebenaran. Takut menghalang kita bersatu dan kukuh. Takut menghalang kita berjuang untuk memerdekan diri dari kepayahan, kesulitan, kemungkaran, penindasan serta ketinggalan.

Percayalah wabak takut itu hanya ada dalam bayangan sahaja. Bayangan yang memerangkap jiwa untuk bebas dan berdikari. Buangkan wabak takut dalam bayangan kita dengan memasukan bayangan berani serta berjaya. Keluarkan diri kita dari penjara yang telah mencengkam diri untuk terus tertindas dan berada dibelakang bangsa bangsa yang telah dan lebih maju dan unggul. Percayalah tiada cita cita dan harapan yang unggul bolh dicapai selagi kita menjadi hamba kepada perasaan takut. Takut yang melulu dan tidak bertempat. Untuk berada ditangga yang diatas kita perlu buang kan pengaruh takut yang ada dalam jiwa. Percayalah setaiap kita dilahirakan sebagai pemenang. Kita dilahiran baharu tapi sempurna. Kita manusia adalah sesempurna makluk yang ujud di muka bumi ini. Kita ujud untuk menjadi pemimpan dibumi untuk kemajuan serta kesejahteraan umat. Untuk itu jangan biarkan perasaan takut mengecilkan hati untuk bersuara, berusaha, maju dan berjaya serta berkuasa. Takut adalah perampas kekuasaan yang daripada kita semua. Takut melemahkan daya fakir dan daya tahan serta keyakinan diri. Takut berpengaruh terhadap pemikiran, perasaan serta usaha. Takut menghancurkan cita dan kecekapan. Kita adalah makluk terpilih. Kita punya keberanian dan kuasa untuk menepis dan membuang perasaan takut. Takut adalah hantu yang datang tanpa dijemput. Takut adalah pengacau yang perlu dihapuskan demi mencapai segala cita cita yang kita idamkan. Takut yang menyebabkan kita lambat, lembab, lemah, malu, kecut hati, gemuruh, gugup, gagal dan tidak berjaya mencapai apa apa yang diidam idamkan. Bebasakan diri kita dari segala rasa takut.

Percayalah kuasa takut amat merbahaya. Untuk itu takut perlu dilenyapkan demi kesejahteraan kita. Takut adalah racun dan musuh dalam kehidupan ini. Takut adalah musuh utama dalam pemikiran kita. Takut adalah pembunuh semangat, sikap dan sifat yang maju kepada kegagalan. Kesan takut amat ketara apabila pemikiran sudah terbiasa menjadi perangai dengan kehidupan. Takut boleh memberi gambaran yang amat menakutkan dalam berbagai perkara. Hanya keyakinan menjadi penawarnya. Hanya dengan yakin kita akan berjaya maka kita akan berjaya. Keyakinan membawa kita keatas. Takut membawa kita kebawah. Yakin membawa kita kepada harapan yang lebih baik. Yakin membawa semangat. Yakin akan membuat kita bertenaga, bersemangat, tidak mudah mengalah, mengatasi semua halangan dan seterusnya berjaya.Keyakinan adalah teman sejati sepanjang masa untuk semua masa dan ketika. Keyakinan membuat kita tidak risau dan bimbang, membantu mengembeling segala sumber, bernas, ketahap keunggulan yang nyata.

Takut akan melumpuhkan kita dari mencapai yang terbaik. Walauapa yang kita perlukan, keyakinan adalah penting. Berpeganglah kepada keyakinan. Jangan tanya bagaimana, kenapa atau bila. Lakukan yang terbaik dengan penuh yakin, itulah kuasa pertolongan yang unggul yang Allah janjikan. Kejayaan mengejar kita yang yakin. Mereka yang yakin tidak mudah tergugat dengan halangan halangan yang ditempuhi kerana beliau yakin nampak kejayaan dihadapan jelas dibelakang kabus.Kemenangan dibelakang hambatan. Walau apa pun yang terjadi, beliau tahu Allah tetap ada untuknya.

Ramai yang gagal kerana sering berhenti dan bertanya bagaimana hujung atau kesannya nanti, adakah berjaya atau gagal. Menyoal berterusan apa kesudahan nya, bakal menimbulkan keraguan yang amat merbahya semasa menuju kejayaan.

Rahasia kejayaan adalah penumpuan. Keraguan atau ketatkutan dalam apa bentuk atau rupa amat merbahaya semasa penumbuan pemikirana dan akan membunoh kebernasan daya fakir. Akal tidak akan dapat memberi tumpuan bila diganggu dengan perasaan takut, bimbang atau rasa gemuruh. Bila daya fikir dianggu dengan perasaan yang berkecamuk, kecekapan menjadi suatu yang mustahil. Kesengsaraan yang nyata dalam kehidupan ini tidaklah setara mana. Apa yang menyebabkan kita tua sebelum waktunya, saperti kedutnya muka, putihnya rambut, kendurnya pipi dan merampas kecerian bukan lah benar benar2 terjadi.

Saperti kata seorang seniwati yang terkenal dengan keawetanya: Semua orang yang hendak nampak muda dan bergaya perlu menghidarkan rasa bimbang. Bimbang bererti kehancuran, kematian, kemusnahan setiap unsure kecantikan. Pedulikan apa yang terjadi, yang penting jangan ada rasa bimbang.

Kita tidak boleh mencapai apa apa yang terunggul dalam kehidupan ini selagi kita menanggung rasa takut dan bimbang yang berterusan.

Apa itu rasa takut? Bilamana rasa takut datang menjelma, ya mencekik dan membuat insan jadi lemah tak bermaya, miskin dalam segala gala? Takut sebenarnya tidak pernah nyata. Ia hanya mainan gambaran dalam pemikiran. Hantu bayangan. Bilamana kita sedar, ia terus hilang dari menguasai kita. Hanya bila kita benar benar dididik dan benar benar beriman dan yakin serta percaya tiada suatu pun disekeliling kita mampu mengancam atau merbahayakan kita, kita tidak sepatutnya ada rasa takut kepada apa apa pun. Perasaan takut adalah lura biasa dan merbahaya. Ini kerana ia mengancam serta berkemampuan menhancurkan kebolehan seseorang, menkaburkan keyakinan dan mencerut cita cita. Allah telah menjadikan manusia sumpurna untuk memereintah didunia dan beri agama sebagai panduan dan pegangan.

Takut boleh mengagalkan segala daya usaha. Ia membunoh keyakinan, menyebabkan tidak keupayaan membuat keputusan, buat kita mengigil, takut bermula, menduga dan ragu ragu. Takut merupakan satu kebocuran dalam kuasa. Ramai orang membuang masa dan tenaga hanya dengan berasa risau dan bimbang.

Kita boleh memadamkan rasa takut dengan keimanan, ketaqwaan, keazaman, keyakinan, kepercayaan saperti mana api boleh dipadamkan dengan air.

Manusia tidak akan dapat mencapai kecekapan terbaik dan meluahkan yang termutahir bila mana daya fikirnya berkecamuk dirasuk risau dan bimbang yang meniriskan tenaga yang berharga. Fikiran yang risau, marah, terganggu tidak mampu membuahkan pemikiran bernas lagi unggul.

Kerisauan adalah sebahagian dari takut dan sentiasa subur dalam suasan yang goyah. Ia tak mambu bertahan bila mana yang punya tubuh sihat ,segar dan cregas, otak yang cair, mereka yang bersih hati dan kehidupannya. Ia hanya tumbuh subur ditubuh yang lemah – mereka yang tidah bermaya, keletihan, terutama mereka yang hidupnya tanpa haluan.

Daya tahan kita perlu kuat demi menhalang rasa takut menyerap ke pemeikiran dan tubuh. Untuk memastikan kita bebas dari rasa risau, bimbang dan takut, kita perlu jalan kan kehidupan dengan ketaqwaan. Hanya mereka yang tenang, jujur dan amanah mampu meninggalkan kerja atau usahanya tanpa rasa risau atau ragu atau memindahkan rasa marah kebawahan atau keluarga; ketenangan jiwa dan perasaan membolehkan seseorang mengawal semua keadaan dengan baik.

Semua rasa takut ini berlandaskan perasanya berasa sensara dan lemah kerana menyedari jurang diantaranya dengan Allah yang maha kuasa yang mana telah jauh ia jarakan. Hanya dengan memulihkan jaraknya barulah ia dapat merasakan ketenangan kembali menusuk jiwa disamping dibuka ruang yang luas menuju kejayaan tanpa halangan.

Amat memalu dan menyedihkan bila mana melihat mereka yang kelihatan gebu, segar bugar yang telah ditiupkan segala kesempurnaan dari Allah Yang MahaEsa lagi Pengasih dan Penyayang penuh dengan segala ketakutan, bahana yang nyata, wajah yang runsing seolah olah hidupan adalah satu seksaan. Ini bukanlah yang Allah kehednakai untuk semulia mulia makluk yang Beliau jadikan.

Mungkin hanya berzaman telah berlalu baru manusia dapat mengatasi berbagai rupa rasa takut dari menguasai jiwanya. Mungkin itu lah masanya manusia mencapai keyakinan yang mutlak seorang insane kamil yang peka terhadap keselamatan dan kebebasan yang belum pernah diimpikan dimana kemampuannya dan kecekapan diluar jangkaan.

Rasa takut kita biasanya seimbang dengan ras leamhnya nya atau tidak berkemampuan melindungi diri apa yang menyebabkannya. Bilamana kita peka dan sedar akan kekuatan yang ada dan mampu membendong rasa takut yang menganas, akhirnya kita hilang rasa takut.

Kami difahamkan Pahlawan Melayu dulu saperti Hang Tuah serta teman2nya, Dato’ Bahman, Tok Gajah, Mat Kilau, Panglima Garang, Panglima Bongkok dan Wali2 Sembilan dan Wali Halimun tidak pernah dihantui rasa takut dengan manusia dan mahluk lain. Keyakinan dan ketakqwaan dijiwa membuat mereka merasa tenang menghadapi apa jua cabaran dan kemungkinan yang mengancam keselamatan diri, agama, bangsa dan Negara.

Hamba yang sentiasa menjelma adalah rasa takut
Mengegar, merasuk jiwa nan lemah
Raja yang ada dan jarang nyata dalah azam dan yakin
Sentiasa berada dimana bila disedari dan dihormati.

No comments: