Monday, November 24, 2008

GHBBH Syndrom

Malam tadi saya dengar ceramah Robert Young. Beliau sungguh hebat dan berhemah. Dia cerita tentang nasib dan kejayaan beliau dalam hidup. Bermula dari seorang peramugara syarikat penerbangan singapura pada tahun 1980 dan berakhir sebagai seorang yang bebas masalah kewangan. Terima kasih...beliau tak kedekut ilmu dan semangat. Yang paling seronok ialah tentang sindrom GHBBH yang di hebuhkan.

GHBBH ni maknanya - "Gaji habis bulan belum habis"

Di luar sana ramai yang mengidap menyakit ini ...cuma kadang kadang tak mau mengaku aje. Hati hati sindrom GHBBH ini bermula dengan

1. Bila anda mula bagi duit berkurangan dari mulanya kepada ibubapa
2. Lepas tu lupa nak bagi duit
3. Lepas tu mula pinjam duit dari mak ayah
4. Mula pinjam kad kredit
5. Mula tak mampu bayar utang
6.

Untuk Berjaya Dalam Perniagaan.

Anda perlu ada impian.

Perlu ada perancangan

Perlu ada barangan /perkhidmatan yang hebat

Berpaksi pada syarikat yang kukuh

Mempunyai peluang yang cerah

Memberi Menafaat di luar jangkaan

Pengurusan yang amanah dan berwibawa

Perniagaan yang berkembang serta berdaya saing

Bina rangkaian kawan kawan

Mengasihi pelanggan

Bertindaklah pada masa yang tepat

Terus meningkatkan ilmu untuk maju

Pastikan anda terus di landasan

Berusahalah untuk berjaya

Sabar menanti hasil

Jangan lupa berterima kasih

Jangan lupa kawan

Senyum lah!

JURUJUAL JAGOH PASTI JADI JUTAWAN

Hanya Jurujual yang berkemahuan tinggi boleh berjaya menjadi Jurujual Jagoh. Bilangan mereka tidak ramai dan biasanya hanya sekitar 10 peratus sahaja. Pemikiran disini bertujuan mencipta jagoh jurujual dini dan masa depan.

Ketahuilah bahawasanya, jurujual semangatnya dibakar hanya olih dua perkara – duit dan kedudukan. Mereka mahu dibayar imbohan sebaik mungkin. Ukuran kejayaan hanya melalui besar kecil atau banyak nya imbuhan berbanding dengan jurujual lain. Mereka mahu usaha serta kejayaan mereka di iktiraf dan dihargai. Disini saya ingin berkongsi pengalaman dan juga penelitian selama 33 tahun bagaimana seorang jurujual mencapai lonjakan dalam kedua-dua bidang.

Jarang sekali ada jurujual yang mendapat latihan iktisas dalam bidang kejurujualan. Sebilangan besar jurujual yang berjaya meningkatkan keberhasilan adalah melalui ilmu dan kemahiran. Sering terjadi seseorang jurujual tersebut kekurangan satu atau dua kemahiran bagi menjadi seorang jagoh. Mudah mudah dengan pengalaman disini ia dapat membantu anda mengenali kemahiran tersebut dan memulakan arus mengasah kemahiran itu.
Acapkali semasa memberi ceramah atau kesempatan melatih usahawan maupun calon anggota perniagaan jualan langsung saya bertanya, Berapa ramai anda yang hadir disini berkecimpung dalam bidang kejurujualan? Biasanya hanya satu dua atau langsung tiada dari hadirin yang terdiri dari 40-300 orang yang akan mengaku. Rata rata tidak ramai dari anggota masyarakat kita yang menyedari hakikatnya, bahawa setiap hari mereka menjual. Hinggalah saya bertanya berkali kali, pernah kah anda menjual atau menwarkan sesuatu untuk dijual?

Barulah saya dengar huh...ya...ya...ada...dan mula ramai yang mengakui kebenaran tersebut. Walau apa pun kerjayanda, anda pasti sepanjang kehidupan ini berhubung dengan seseorang atau masyarakat dan berusaha meyakinkan serta mempengaruhi mereka. Yang penting, hebat kah anda sewaktu melakukan nya?

Kehebatan anda menjual buah fikiran akan menentukan kejayaan dalam hidup ini derta kerjayaan sebagai satu dari penyebab. Sekiranya pendapatan anda bergantung kepada jualan, mudah2an pandangan serta pentujuk2 disini dapat dimenafaatkan serta membantu mengubah corak hidupan masadepan anda.

Buku ini ditulis bagi tujuan berkongsi pengalaman dengan anda semua jurujual yang sibuk sebagai panduan sepintas lalu yang boleh dirujuk. Mudah2an buku ini dapat memberi anda pandangan serta satu dua pejunjuk yang boleh membantu menambahkan keberkesanan dalam usaha jualan anda.

Apa yang membedzakan buku ini dari yang lain ialah kepadatan serta kejelasan pandangan yang ditunjolkan. Disini anda dapat mempelajari piagam penting untuk kejayaan dalam bidang jualan yang saya dicungkil dari pengalaman ramai pakar jualan dari seluruh dunia. Semua kaedah kaedah ini telah diujipakai dan terbukti membuahkan kejayaan. Satu atau mana mana satu dari buah fikiran ini sudah tentu boleh membantu anda berjaya dalam bidang jualan serta menambah perhasilan atau pendapatan serentak.

Semasa mula menjual, saya memberi salam dari rumah ke-rumah, pejabat ke- pejabat, serta dijalanan tanpa temujanji. Saya mempelajari satu petua, Petua Jaguh Kemenangan. Ini adalah satu petunjuk untuk berjaya dalam kehidupan serta kejurujualan.

Petunjuk ini menjelaskan, Kehebatan sedikit dikemahiran utama akan meneraju perbedzaan besar dalam kejayaan.

Lonjakan sedikit pada kemahiran utama bidang jualan saperti usaha mencari bakal pelanggan, membuat persembahan yang menyakinkan, mengatasi hujah hujah tentangan atau memeterai jualan boleh membawa peningkatan besar dalam kejayaan jualan. Petunjok petunjuk disini disusun sebegitu rupa bagi membantu anda mencapai lonjakan dalam keberhasilan, untuk memberi lebihan, Petua Kemenangan.

Satu lagi petua kejayaan: Kelemahan kemahiran utama dapat menentukan setinggi mana anda dapat mengunakan kemahiran lain anda dan menjangka pendapatan anda.

Dalam lain perkataan, kalau anda lemah dalam satu kemahiran utama saperti mencari bakal pelanggan atau memeterai jualan, kelemahan yang satu itu dapat menentukan keberhasilan jualan anda dan sebanyak mana pendapatan anda. Kelemahan dalam satu kebolihan bolih menghalang kejayaan anda, walaupun anda hebat dalam semua segi yang lain.

Percayalah, kehebatan anda membwa anda dimana anda berada sekarang, tetapi kelemahan anda akan menhalang anda dari terus mara kehadapan dengan pantas.

Penulisan ini bertujuan memberi anda alat untuk mengatasi kelemahan jelas yang mungkin ujud pada diri anda dengan mengenal pasti dan memberi anda latihan yang boleh diamalikan dengan cepat untuk mengukuhkan diri anda dibahagian tersebut.

Penulisan ini secara serentak menjelaskan peranan jualan secara mainan fikiran dengan membayangkan arus penjualan yang dilalui melalui penghayalan (bayangan) dan peranan perlaksanaan jualan secara nyata dimana dengan petunjuk dan keadah bilamana arus jualan berlaku. Bilamana pembaikan berlaku di kedua bahagian, jualan serta keyakinan anda pasti meningkat secara mendadak.

Hanya dengan sedikit perubahan pada sikap dan kebolihan, membedzakan Jagoh Jualan dengan jurujual biasa. Bilamana mempelajari serta mengamalikan petunjuk 2 serta petua menjadi Jurujual Jagoh, barulah anda bolih dengan segera melonjak keatas dalam bidang anda. Masadepan anda dibidang jualan akan menjadi tidak terbatas.

The Market Kicks!

Declines on Wall Street and regional markets caused the KLCI to ease to a 3-week intraday low of 853.2 points on Friday, before closing at 866.8 points to register a loss of 1.7% for the week.



Most regional markets fell more than 6% over the week on continued concerns that regional economic growth will be dampened by the current global economic slowdown.



The market is anticipated to move in tandem with overseas markets as investors monitor the outlook for the U.S. credit market, global economic growth and interest rates.

Monday, November 10, 2008

Happening in the market!

The KLCI rose above the 900 points level to touch a 3-week intraday high of 926.6 points on Wednesday before profit-taking later in the week reduced the indexs gains. The KLCI closed at 893.9 points to register a gain of 3.5% for the week.

Regional markets mostly closed on a firmer note as bargain-hunting emerged after the sell-down in previous weeks.

The market is anticipated to move in tandem with overseas markets as investors monitor the outlook for the U.S. credit market, global economic growth and interest rates.