Monday, October 13, 2008

Pegangan Jutawan Budiman

Percayalah semua kekayaan datang bersama berbagai keistemawaan dan
tanggung jawab.Keistimewaan ada rentetan nya:

1.Kebebasan Kewangan
2.Kebebasan Masa
3.Kebebasan Bermasyarakat
4.Kebebasan Kerohanian
5.Kebebasan Pembangunan Kebendaan dan
6.Yang Utama ialah Kebebasan Mencari dan Membina Kelebihan
atau Kehebatan Kepintaran serta kebijaksanaan diri sendiri.

Untuk menjadi Jutawan Budiman ialah satu Kebebasan
bermatlamat untuk menjadi..., melakukan atau berusaha menjayakan dan
mendapatkan apajua yang di idamkan selagi ianya tidak menyusahkan
atau memudaratkan orang lain dan sebaliknya membantu ramai orang atau
menyumbangkan kebaikan kepada masyarakat sekeliling.

Jutawaan Budiman biasanya bermurahati menyumbangkan sebahagian
besar dari keuntungan untuk kebaikan masyarakat saperti - anak2 yatim, ibu
tunggal, bapa tunggal, masyarakat marhaeim, semasa bencana alam,
pembangunan pendidikan, perubatan, pengawalan dan pembaikan alam
sekitar,perubahan,penyelidikan perubatan serta teknologi, berzakat,
membantu mangsa kelaparan,membangun maysrakat dagang dan lain2.

Kaedah Jutawan Budiman berusaha mencari kekayaan:

1. Jangan Bawa Kesusahan: Hindarkan membangun kekayaan melalui cara
yang salah dan merugikan orang lain. Carilah keuntungan dan bukan
mendatangkan kerugian atau kesusahan dan kekurangan.Ini membawa
erti carilah kekayaan dengan cara jujur, amanah serta saling
menguntungkan semua dan bijaksana.

2. Berbuat Baik. Jutawan Budiman bahagia mencipta
kekayaan yang mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.Matlamatnya
adalah membina kekayaan dengan membantu ramai orang jadi kaya.

3. Bergerak sebagai Pembimbing. Jutawan Budiman
bermurahati atas kejayaan kewangannya disamping berterusan
membimbing orang ramai. Ramai mereka rasa terpanggil untuk
membantu berbagai usaha tertentu. Matlamatnya ialah menyumbangkan
secara berterusan untuk kebaikan. Dengan erti kata kekayaan
bukan untuk diri sendiri sahaja tapi untuk kebaikan
masyarakat umum. Untuk membuktikan kesungguhan ini
Jutawan Budimanmenyumbangkan antara 2.5- 25%
kepada masyarakat. dengan cara ini moga moga masyarakat ummum
dapat dibantu.

Disini kami ingin mengalakan Jutawan menyumbangkan sebahagian dari
kekayaan kepada masyarakat sekeliling, supaya kehidupan mereka lebih
baik. Moga dengan usaha ikhlas para Jutawan, jarak perbedzaan kekayaan
akan lebih mengecil dan masyarakat dapat hidup dalam kesejahteraan.

No comments: