Monday, October 20, 2008

Seminar Perniagaan Unit Trust

Langkah Demi Langkah... Dan Terus Boleh Memulakannya"

Belajar Terus dari Agensi Unit Trust Bumiputera yang Telah Mendapat Anugerah Jualan Tertinggi 2007!

"Pelajari Cara Yang Pantas, Mudah Membina Perniagaan Unit Trust
Walaupun
Anda Bukan Pakar Kewangan atau Pakar Jualan!"


Daripada: Nasarudin Tarikh: Oct 21 2008 9:34A.M.

Assalamualaikum & Salam Ceria,
Adakah anda desperately looking for promotion di tempat kerja? Tapi tak kunjung tiba

Adakah perbelanjaan bulanan anda kurang dari pendapatan anda?

Adakah anda suri rumah yang ingin membantu pendapatan keluarga?

Adakah anda graduan yang tercari-cari kerja yang masih belum diperolehi?

Adakah anda bercita-cita untuk menjalankan perniagaan sendiri tetapi masih tidak dapat memulakannya?

Adakah anda gagal memulakan perniagaan kerana halangan-halangan ini?
Modal yang tinggi, tiada kepakaran, terlalu sayang dengan majikan dan tempat kerja anda dan tidak yakin pada potensi diri?

Anda mungkin telah menghadiri banyak kursus, membaca banyak buku/ ebook, membelanjakan sejumlah wang, memperuntukkan masa dan bermacam-macam lagi usaha demi untuk mencapai matlamat menambah pendapatan atau membina perniagaan namun masih buntu mengenainya. Bahkan anda mungkin telah mempunyai perniaagaan kecil-kecilan tetapi masih tidak berpuashati kerana masa yang terlalu sibuk. Kami akan menunjukkan kepada anda jalan penyelesaiannya!

Testimoni Arif Ismail (Pengurus Agensi):

Anda ingin membina perniagaan anda sendiri? Ikuti kisah pengalaman sebenar saudara Arif yang kini menjadikan perniagaan Unit Trust sebagai profesion sepenuh masa yang menguntungkan InsyaAllah.

Nama: Arif bin Ismail. Berkelulusan B.Eng. Electrical (UTM) dan MSc Telecomm and Info System (Essex, UK). Walaupun berkelulusan tinggi dan telah bekerja sebagai pengurus dengan syarikat korporat yang besar, namun hati beliau bergelora, bergejolak dan teruja supaya bagaimana beliau dapat menguruskan masa dan kewangan nya dengan lebih baik tanpa terikat dengan sistem yang telah ditentukan oleh majikan.

Anda mungkin telah memahami bahawa semakin lama anda bekerja, semakin besar gaji anda, semakin besar tanggungjawab anda dan semakin lanjut usia anda. Anda juga perlu berhati-hati bahawa semakin besar pangkat yang anda jawat, sebenarnya semakin kuranglah masa lapang anda untuk keluarga, beribadat khusus dan sebagainya.

Bahkan semakin besar gaji anda, semakin kuat terasa tekanan dari atas seolah-olah pihak majikan mahu menggantikan anda dengan orang yang lebih muda yang boleh dibayar gaji yang lebih murah. Bayangkan ketika umur anda menjangkau 50 tahun, tiba-tiba syarikat anda menamatkan perkhidmatan setia anda kerana syarikat terpaksa downsizing. Kemana anda mahu pergi? Mencari kerja lagi!!! Siapa yang sanggup membayar gaji anda yang sudah tinggi tu...

Oleh itu beliau tercari-cari idea bagaimana supaya apabila umur sudah melebihi 40 tahun, beliau dapat bekerja dengan tenang tanpa risaukan downsizing, boss marah dan sebagainya. Alhamdulillah, nak dijadikan cerita pada Nov 2005 beliau telah diperkenalkan oleh seorang rakan bernama Zamri untuk menceburi bidang perniagaan unit trust ini.

Pada mulanya beliau tidak yakin untuk membuat perniagaan ini kerana mendengarkan jualan yang dirasakan sangat tinggi (ketika itu) perlu dibuat untuk menyamai balik gaji yang telah saya terima dengan syarikat korporat dulu. Tetapi, Alhamdulillah setelah 3 bulan menceburi bidang unit trust ini, beliau telah dapat balik apa yang nya perolehi dulu.

Kini telah hampir 3 tahun beliau menjalankan perniaagaan unit trust ini dan beliau merasakan satu kerugian jika pengalaman ini tidak dapat dikongsi bersama rakan-rakan beragama Islam di seluruh Malaysia. Agensi beliau ini telah berkembang dari 1 orang kepada lebih dari 100 orang dalam masa yang singkat. Beliau yakin anda dapat melakukannya dengan lebih baik lagi terutamanya anda yang berpengalaman dalam bidang insurans/takaful dan MLM. Orang yang tiada pengalaman perniagaan seperti beliau dengan bantuan dan kesungguhan serta keizinan dari Allah pun dapat melakukannya.
Visi beliau adalah bagaimana Agensi nya ini dapat berkembang dengan membangunkan 50 Pengurus Agensi baru dalam masa 2 tahun sebagaimana pengalaman beliau sendiri yang Alhamdulillah telah berjaya menjadi Pengurus Agensi dalam masa 1 tahun 9 bulan hasil bimbingan leaders dan kawan-kawan yang memahami dan berkebolehan.

Untuk merealisasikan visi tersebut beliau mengadakan latihan intensif 2 kali sebulan yang dibuat pada hari Sabtu untuk membolehkan konsultan part-time (pada permulaannya) menghadirinya. Disamping itu, setiap hari Isnin, satu sessi brainstorming diadakan di pejabat kami berhampiran "Las Vegas". Konsultan separuh masa yang tidak dapat hadir sesi brainstorming boleh juga mendapatkan ilmu dari blog contohnya http://unittrustsmillionaires.blogspot.com dan juga akan dapat menerima nota perbincangan melalui emel.

Kami menganjurkan aktiviti jualan dan recruitment bulanan untuk membantu anda mengembangkan perniagaan anda dan membina empayar anda sendiri. Aktiviti recruitment yang dibuat adalah untuk anda kerana quota recruitment kami sudah penuh. Oleh itu konsultan-konsultan baru akan disalurkan kepada anda yang aktif supaya empayar anda dibina sejak awal lagi dan dapat menjadi Pengurus Agensi dengan lebih cepat. Kami memberi insentif 1 konsultan baru untuk anda yang mencapai jualan minima RM100k sebulan. Skim insentif ini akan berakhir tidak lama lagi. Oleh itu segeralah mendaftar.

Latarbelakang Azizah Saad (Our first GAM):

Selepas tamat kursus kesetiausahaan di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) pada 1989 saya sempat bekerja sebagai setiausaha di bank. Sekian lama bekerja di situ, saya sedar kerja makan gaji tidak membawa saya ke mana-mana. Saya kuat percaya untuk kaya hanya dengan berniaga. Dalam Islam sendiri menyebut sembilan daripada 10 rezeki melalui perniagaan. Sebenarnya, dari zaman sekolah lagi saya sudah pandai cari duit sendiri. Saya bekerja di restoran dengan upah RM4.

Keluarga saya orang susah, bapa kerja nelayan dan emak pula suri rumah. Abang dan kakak saya tidak berpeluang bersekolah tinggi semata-mata untuk memberi laluan kepada adik-adiknya mendapat pendidikan yang lebih baik. Ketika ditawarkan masuk ITM, berdikit-dikit ayah kumpul duit untuk bayar yuran dengan dibantu abang. Masa di kolej juga saya cuba cari duit sendiri. Saya ‘ambil upah' mencuci rambut kawan-kawan, dapat 50 sen seorang, lepaslah duit makan. Saya pernah juga beli nasi lemak di luar kemudian saya jual balik pada kawan-kawan di kolej dengan mengambil untung sedikit. Walaupun apa yang saya lakukan nampak kecil, sebenarnya ia memberi pengalaman dan pengajaran berguna pada saya terutama dalam memahami dunia perniagaan.

Sebelum menyertai unit amanah, segala bentuk perniagaan saya buat daripada jualan langsung hingga kepada menjadi agen insurans. Ketika itu walaupun tidak mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur, saya beranikan diri menegur dan menghubungi sesiapa saja yang berpotensi menjadi pelanggan saya. Cubaan menjadi agen insurans berhasil sehingga meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan. Ketika itu saya mengambil keputusan berhenti kerja tetap kerana tidak mampu mengimbangi dua pekerjaan sekali gus.

Ketika situasi insurans kurang memberangsangkan disebabkan kejatuhan ekonomi pada 1998, pendapatan saya merosot sehingga ke RM1,500. Saya panik, tetapi bernasib baik mendapat peluang menjadi Unit Trust Consultant selepas diperkenalkan oleh seorang rakan. Setakat ini Alhamdulillah, pendapatan saya boleh dikira setaraf dengan CEO syarikat korporat.

Latarbelakang Jaslinah Abd Rahman (Our new GAM):

Jaslinah berkelulusan B.Accounting dan telah bertauliah sebagai Certified Financial Planner. Beliau telah menceburi bidang unit trust ini secara sepenuh masa semenjak tahun 2000 dan mempunyai pengalaman 8 tahun dalam bidang Treasury dan Risk Management. Beliau mempunyai kemahiran mendalam dalam selok belok pasaran saham dan juga merupakan sebahagian dari tenaga pelatih yang disayangi dalam agensi kami.

Testimonial

Anugerah yang dimenangi oleh Agensi kami yang diterbitkan di surat khabar Utusan Malaysia dan TheStar pada 19 May 2007:
Azizah Saad - 2nd Runner Up Top Group Agency Manager & Million Ringgit Producer

No comments: